Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صلَّى العِشاءَ في جماعةٍ ؛ فَقَدْ أخَذَ بِحَظِّهِ من ليلَةِ القَدْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat Isya’ secara berjemaah, maka dia telah mendapat bahagiannya dari (ganjaran seperti beribadah pada) malam al-Qadar.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis no. 1338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من صلى العشاء في جماعة، فقد أخذ بحظه من ليلة القدر)). [طب، ((الضعيفة)) (2445)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan solat Isya’ secara berjemaah, maka dia telah mendapat bahagiannya dari (ganjaran seperti beribadah pada) malam al-Qadar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2445]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman