Sesiapa yang menunaikan solat fardu bersama imam maka hendaklah dia membaca surah al-Fatihah pada saktah-saktah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى صلاة مكتوبة مع الإمام فليقرأ بفاتحة الكتاب في سكتاته، ومن انتهى إلى أم القرآن فقد أجزأه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat fardu bersama imam maka hendaklah dia membaca surah al-Fatihah pada saktah-saktah (waktu diam) imam. Sesiapa yang sampai kepada Umm al-Quran (al-Fatihah), maka itu telah memadainya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis nombor 1884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من صلى صلاة مكتوبة مع الإمام فليقرأ بفاتحة الكتاب في سكتاته، ومن انتهى إلى أم القرآن فقد أجزأه». [قط، ك، البيهقي في «جزء القراءة»، «الضعيفة» (991)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang menunaikan solat fardu bersama imam maka hendaklah dia membaca surah al-Fatihah pada saktah-saktah (waktu diam) imam. Sesiapa yang sampai kepada Umm al-Quran (al-Fatihah), maka itu telah memadainya". [Diriwayatkan oleh al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam Mustadraknya dan al-Bayhaqi dalam Juz' al-Qira’ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 991].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.