Sesiapa yang menunaikan solat enam rakaat selepas solat Maghrib sebelum dia berkata-kata

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى ست ركعات بعد المغرب قبل أن يتكلم، غفر له بها ذنوب خمسين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat enam rakaat selepas solat Maghrib sebelum dia berkata-kata, diampunkan dosanya selama 50 tahun dengan sebab solatnya itu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من صلى ست ركعات بعد المغرب قبل أن يتكلم، غفر له بها ذنوب خمسين سنة)).
[ابن نصر في ((قيام الليل))، ((الضعيفة)) (468)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menunaikan solat enam rakaat selepas solat Maghrib sebelum dia berkata-kata, diampunkan dosanya selama 50 tahun dengan sebab solatnya itu.
[Riwayat Ibn Naṣr dalam kitab Qiyām al-Layl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 468]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.