Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن صلَّى ستَّ ركعاتٍ بعدَ المغربِ قبل أن يتكلَّمَ ,غُفرَ لهُ بها ذنوبُ خمسينَ سنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat enam rakaat selepas solat Maghrib sebelum dia berkata-kata, diampunkan untuknya dengan sebab solatnya itu, dosanya selama 50 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis no. 1825. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدًا) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من صلى ست ركعات بعد المغرب قبل أن يتكلم، غفر له بها ذنوب خمسين سنة». [ابن نصر في «قيام الليل»، «الضعيفة» (468)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Sesiapa yang menunaikan solat enam rakaat selepas solat Maghrib sebelum dia berkata-kata, diampunkan untuknya dengan sebab solatnya itu, dosanya selama 50 tahun. [Riwayat Ibn Naṣr dalam kitab Qiyām al-Layl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 468]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman