Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلَّى الضُّحى أربعَ ركعاتٍ في يومِ الجمعةِ في دهرِهِ مرةً واحدةً يقرأ بفاتحةِ الكتابِ.. . فذكره بطولِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat duha sebanyak empat rakaat pada hari Jumaat pada masa hidupnya sebanyak sekali yang mana dia membaca al-Fatihah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1915, hadis no. 9618. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: مَنْ صَلَّى الضُّحَى أربع ركعَاتٍ في يومِ الجُمُعَةِ في دهرِهِ مرةً واحدةً يقراُ بفاتحةِ الكتاب.. . فذكره بطوله. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، (الضعيفة)) (5700)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan solat duha sebanyak empat rakaat pada hari Jumaat pada masa hidupnya sebanyak sekali yang mana dia membaca al-Fatihah… Baginda menyebutnya dengan panjang lebar. [Riwayat Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5700]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman