Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى الضُّحَى يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ الْفَاتِحَةَ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ وَالإِخْلاصَ وَالْكَافِرُونَ وَآيَةَ الْكُرْسِيِّ عَشْرًا عَشْرًا فَلَهُ كَذَا وَكَذَا وَيُولَدُ لَهُ وَلَوْ كَانَ عقيما.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat duha pada hari Jumaat sebanyak empat rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah, al-Mu’awwizatan (Surah al-Falaq dan Surah al-Nas), Surah al-Ikhlas, Surah al-Kafirun dan ayat Kursi setiap satunya sebanyak sepuluh kali, maka baginya ganjaran sekian sekian dan akan diberikan anak walaupun dia mandul.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع.
Hadith ini adalah hadith palsu. Di dalam kitab al-Zayl menyebut: “Sesiapa yang solat dua rakaat solat duha, maka Allah akan tuliskan baginya beribu-ribu kebaikan.” Di dalam sanad hadith ini terdapat Nuh Bin Abu Maryam. Beliau adalah pendusta dan pemalsu hadith.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman