Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ركعتين ليلة الجمعة قرأ فيهما بفاتحة الكتاب وإذا زلزلت الأرض زلزالها أمنه الله من عذاب القبر ومن أهوال يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca al-Fatihah dan إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا (Surah al-Zalzalah), maka Allah akan memberikan keamanan kepadanya daripada azab kubur dan kedahsyatan hari kiamat.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وفي الوجيز «من صلى ركعتين ليلة الجمعة قرأ فيهما بفاتحة الكتاب وإذا زلزلت الأرض زلزالها أمنه الله من عذاب القبر ومن أهوال يوم القيامة» فيه عبد الله بن داود الواسطي منكر الحديث، قلت قال ابن عدي هو لا بأس به إن شاء الله وله شاهد عند الديلمي أورده ابن حجر وقال غريب وسنده ضعيف.

Di dalam kitab al-Wajiz menyebut:
“Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat pada malam Jumaat dengan membaca al-Fatihah dan إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا (Surah al-Zalzalah), maka Allah akan memberikan keamanan kepadanya daripada azab kubur dan kedahsyatan hari kiamat.”
Di dalam sanad hadith ini terdapat Abdullah bin Daud al-Wasiti. Beliau adalah seorang perawi yang munkar. Aku katakan: Ibn ‘Adiyy berkata: Tidak mengapa untuk meriwayatkan hadith daripada beliau. Hadith riwayat beliau mempunyai syahid yang diriwayatkan oleh al-Dailami. Ibn Hajar menukilkan riwayat beliau dan berkata: Ia adalah hadith yang gharib dan sanadnya adalah sanad yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs