Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat (dalam keadaan) tiada yang melihatnya melainkan Allah Azzawajalla dan para malaikat, nescaya baginya pelepasan daripada api neraka

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ركعتين لا يراه إلا الله عز وجل والملائكة كانت له براءة من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat (dalam keadaan) tiada yang melihatnya melainkan Allah Azzawajalla dan para malaikat, nescaya baginya pelepasan daripada api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis nombor 1931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – مرفوعا: «من صلى ركعتين لا يراه إلا الله عز وجل والملائكة كانت له براءة من النار». [ابن عساكر، «الضعيفة» (1318)].

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat (dalam keadaan) tiada yang melihatnya melainkan Allah Azzawajalla dan para malaikat, nescaya baginya pelepasan daripada api neraka". [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1318].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs