Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى ركعتينِ لا يَراه إلا اللهُ عَزَّ وجَلَّ والملائكةُ كانت له براءةً مِنَ النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat (dalam keadaan) tiada yang melihatnya melainkan Allah Azzawajalla dan para malaikat, nescaya baginya pelepasan daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis no. 1931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - مرفوعا: «من صلى ركعتين لا يراه إلا الله عز وجل والملائكة كانت له براءة من النار». [ابن عساكر، «الضعيفة» (1318)].
(Palsu) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menunaikan solat dua rakaat (dalam keadaan) tiada yang melihatnya melainkan Allah Azzawajalla dan para malaikat, nescaya baginya pelepasan daripada api neraka". [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1318].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman