Sesiapa yang menunaikan satu rakaat tanpa membaca surah al-Fatihah padanya

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ركعة لم يقرأ فيها بأم القرآن فلم يصل، إلا وراء الإمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan satu rakaat tanpa membaca surah al-Fatihah padanya, maka dia sebenarnya belum solat. Melainkan (jika menjadi makmum) di belakang imam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354-355, hadis nombor 1883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: «مَنْ صلى ركعةً لم يقرأْ فيها بأمِّ القرآنِ فلَمْ يُصلِّ، إلا وراءَ الإمامِ». [القاضي أبو الحسن الخلعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (591)].

(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menunaikan satu rakaat tanpa membaca surah al-Fatihah padanya, maka dia sebenarnya belum solat. Melainkan (jika menjadi makmum) di belakang imam". [Diriwayatkan oleh al-Qadhi Abu al-Hasan al-Khila'i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 591].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs