Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صلى ركعةً لم يقرأْ فيها بأمِّ القرآنِ فلَمْ يُصلِّ، إلا وراءَ الإمامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan satu rakaat tanpa membaca surah al-Fatihah padanya, maka dia sebenarnya belum solat. Melainkan (jika menjadi makmum) di belakang imam.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354-355, hadis no. 1883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: «مَنْ صلى ركعةً لم يقرأْ فيها بأمِّ القرآنِ فلَمْ يُصلِّ، إلا وراءَ الإمامِ». [القاضي أبو الحسن الخلعي في «الفوائد»، «الضعيفة» (591)].
(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menunaikan satu rakaat tanpa membaca surah al-Fatihah padanya, maka dia sebenarnya belum solat. Melainkan (jika menjadi makmum) di belakang imam". [Diriwayatkan oleh al-Qadhi Abu al-Hasan al-Khila'i dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 591].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman