Sesiapa yang menunaikan ibadat hajinya, dan orang Islam juga selamat daripada (perbuatan buruk) lidah dan tangannya

TEKS BAHASA ARAB

من قضى نسكه، وسلم المسلمون من لسانه ويده؛ غفر له ما تقدم من ذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan ibadat hajinya, dan orang Islam juga selamat daripada (perbuatan buruk) lidah dan tangannya, maka diampunkan dosanya yang telah lalu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis nombor 3753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من قضى نسكه، وسلم المسلمون من لسانه ويده؛ غفر له ما تقدم من ذنبه)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2281)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menunaikan ibadat hajinya, dan orang Islam juga selamat daripada (perbuatan buruk) lidah dan tangannya, maka diampunkan dosanya yang telah lalu.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’ dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2281]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.