Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَضَى نُسُكَهُ ، وسَلِمَ المسلمونَ من لسانِه ويدِه، غُفِرَ له ما تَقَدَّمَ من ذنبِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan ibadat hajinya, dan orang Islam juga selamat daripada (perbuatan buruk) lidah dan tangannya, maka diampunkan dosanya yang telah lalu.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis no. 3753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من قضى نسكه، وسلم المسلمون من لسانه ويده؛ غفر له ما تقدم من ذنبه)). [عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2281)]
(Daif) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menunaikan ibadat hajinya, dan orang Islam juga selamat daripada (perbuatan buruk) lidah dan tangannya, maka diampunkan dosanya yang telah lalu. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’ dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2281]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman