Sesiapa yang menunaikan hajat untuk saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

من قضى لأخيه حاجة كنت واقفا عند ميزانه، فإن رجح وإلا شفعت له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya (di dunia) maka aku akan berdiri di tepi timbangannya (di akhirat), sekiranya amalan kebaikannya melebihi (timbangan amal keburukannya tidak mengapa) , jika tidak, maka aku akan memberi syafaat padanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis nombor 4418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من قضى لأخيه حاجة كنت واقفا عند ميزانه، فإن رجح وإلا شفعت له)). [حل، ((الضعيفة)) (751)].

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya (di dunia) maka aku akan berdiri di tepi timbangannya (di akhirat), sekiranya amalan kebaikannya melebihi (timbangan amal keburukannya tidak mengapa) , jika tidak, maka aku akan memberi syafaat padanya.”
[Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 751].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs