Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menunaikan hajat untuk saudaranya yang muslim

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَضَى لأَخِيهِ المُسْلِمِ حَاجَةً كانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ كَمَنْ خَدَمَ الله عُمْرَهُ.

Teks Bahasa Melayu

"Sesiapa yang menunaikan hajat untuk saudaranya yang muslim, maka dia memperolehi pahala seperti orang yang berkhidmat kepada Allah sepanjang umurnya".

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 74, hadis no. 428. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam Makarim al-Akhlaq, al-Bukhari turut berkata dalam al-Tarikh al-Kabir, demikian juga Ibn al-Jawzi: "Palsu".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.