Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قضى لأخِيهِ حاجةً كنتُ واقِفًا عند ميزانِه، فإن رَجَحَ وإلا شَفَعْتُ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya (di dunia) maka aku akan berdiri di tepi timbangannya (di akhirat), sekiranya amalan kebaikannya melebihi (timbangan amal keburukannya tidak mengapa) , jika tidak, maka aku akan memberi syafaat padanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis no. 4418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من قضى لأخيه حاجة كنت واقفا عند ميزانه، فإن رجح وإلا شفعت له)). [حل، ((الضعيفة)) (751)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya (di dunia) maka aku akan berdiri di tepi timbangannya (di akhirat), sekiranya amalan kebaikannya tidak melebihi (timbangan amal keburukannya), maka aku akan beri syafaat padanya.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 751].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman