Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menunaikan hajat

Teks Bahasa Arab

من قضَى لأَحَدٍ من أمتي حاجةً يُريدُ أن يَسُرَّهُ بها فقد سَرَّنِي، ومن سَرَّنِي فقد سَرَّ اللهَ، ومن سَرَّ اللهَ أدخلهُ اللهُ الجنةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menunaikan hajat salah seorang dalam kalangan umatku dengan tujuan untuk menggembirakan orang itu dengannya, maka sesungguhnya dia telah menggembirakan aku. Dan sesiapa yang menggembirakan aku sesungguhnya dia telah menggembirakan Allah. Dan sesiapa yang menggembirakan Allah, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis no. 822. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من قضى لأحد من أمتي حاجة يريد أن يسره بها فقد سرني، ومن سرني فقد سر الله، ومن سر الله أدخله الله الجنة. [هب، ((الضعيفة)) (6857)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan hajat salah seorang dalam kalangan umatku dengan tujuan untuk menggembirakan orang itu dengannya, maka sesungguhnya dia telah menggembirakan aku. Dan sesiapa yang menggembirakan aku sesungguhnya dia telah menggembirakan Allah. Dan sesiapa yang menggembirakan Allah, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syuaib al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6857]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.