Sesiapa yang menulis bismillahirrahmannirrahim

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَمْ يُعْمِ الْهَاءَ الَّتِي فِي اللهِ تَعَالَى كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menulis bismillahirrahmannirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah, maka Allah akan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan dihapuskan daripadanya sejuta keburukan dan diangkat darjatnya sejuta darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Termasuk juga contoh hadis palsu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abbas bin ad-Dhahhak al-Balkhi – seorang pendusta yang sangat jahat daripada Umar bin ad-Dhahhak – seorang yang tidak dikenali (majhul) – daripada Abu Muawiyyah daripada al-A’masy daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW,

مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَمْ يُعْمِ الْهَاءَ الَّتِي فِي اللهِ تَعَالَى كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ
“Sesiapa yang menulis bismillahirrahmannirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah, maka Allah akan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan dihapuskan daripadanya sejuta keburukan dan diangkat darjatnya sejuta darjat.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon