TEKS BAHASA ARAB
حديث: من كتب بسم الله الرحمن الرحيم ولم يعور الهاء التي في الله. كتب الله له ألف حسنة، ومحا عنه ألف سيئة، ورفع له ألف درجة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith : Sesiapa yang menulis Bismillahirahmanirrahim dan tidak mencacatkan sebutan huruf Ha’ pada lafaz Allah SWT, maka Allah akan menulis untuknya seribu kebaikan,memadam darinya seribu keburukan dan mengangkat seribu darjat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 277, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: المبتدئ يعلم أن هذا موضوع، والعباس بن الضحاك البلخي، – يعنى المذكور في إسناده – دجال , قلت: لا يقدم على وضع مثل هذا إلا متلاعب بالدين. فلعن الله الكذابين.
Ibn Hibban berkata: orang yang baru mula belajar pun mengetahui hadith ini palsu, dan al-Abbas bin al-Dahhak al-Balkhi (yang disebut di dalam sanad adalah) dajjal. Saya berkata: Tiada yang melakukan perbuatan mereka cipta i hadith ini melainkan orang yang suka bermain-main dengan agama. Semoga Allah melaknat para penipu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.