Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menulis bismillahirahmanirrahim

Teks Bahasa Arab

حديث: مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَمْ يُعَوِّرِ الْهَاءَ الَّتِي فِي اللَّهِ. كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ دَرَجَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang menulis bismillahirahmanirrahim dan tidak mencacatkan sebutan huruf Ha' pada lafaz Allah SWT, Allah menulis untuknya seribu kebaikan, memadam darinya seribu keburukan dan mengangkat seribu darjat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 277, hadis no. 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان: المبتدئ يعلم أن هذا موضوع. والعباس بن الضحاك البلخي يعنى المذكور في إسناده دجال. قلت: لا يقدم على وضع مثل هذا إلا متلاعب بالدين. فلعن الله الكذابين.

Ibn Hibban berkata: Orang biasa pun mengetahui hadith ini palsu, al-Abbas bin al-Dahhak al-Bakhili yang disebut di dalam sanad adalah dajjal, tidaklah dilakukan perbuatan mereka hadith ini melainkan bermain-main dengan agama. Allah melaknat pendusta agama.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.