Sesiapa yang berjalan bersama orang zalim untuk dia menolongnya

TEKS BAHASA ARAB

من مشى مع ظالم ليعينه – وهو يعلم أنه ظالم -؛ فقد خرج من الإسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan bersama orang zalim untuk dia menolongnya – dalam keadaan dia tahu bahawa orang itu ialah zalim – maka dia telah terkeluar daripada Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 103, hadis nombor 532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أوس بن شرحبيل، قال: أنه سمع رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: من مشى مع ظالم ليعينه -وهو يعلم أنه ظالم-؛ فقد خرج من الإسلام.
[طب، ((الضعيفة)) (758، 5367)]

(Lemah)
Daripada Aws ibn Shuraḥbīl, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menuju kepada orang zalim untuk dia menolongnya – dalam keadaan dia tahu bahawa orang itu ialah zalim – maka dia telah terkeluar daripada Islam.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 758, 5367]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs