Sesiapa yang berjalan menuju kepada penghutangnya

TEKS BAHASA ARAB

من مشى إلى غريمه بحقه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة، وذنب يغفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berjalan menuju kepada penghutangnya untuk menuntut haknya, haiwan-haiwan melata di muka bumi dan ikan nun akan mendoakan kebaikan baginya, dan akan ditetapkan baginya pada setiap langkah sebatang pokok yang ditanam di dalam syurga dan dosanya akan diampunkan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis nombor 10355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من مشى إلى غريمه بحقه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة، وذنب يغفر.
[البزار، خط، ((الضعيفة)) (6466)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berjalan menuju kepada penghutangnya untuk menuntut haknya, haiwan-haiwan melata di muka bumi dan ikan nun akan mendoakan kebaikan baginya, dan akan ditetapkan baginya pada setiap langkah sebatang pokok yang ditanam di dalam syurga dan dosanya akan diampunkan.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6466]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs