Sesiapa yang menuju ke rumah ini (Kaabah) dengan harta yang haram

TEKS BAHASA ARAB

من أم هذا البيت من الكسب الحرام، شخص في غير طاعة الله، فإذا أهل ‌ووضع ‌رجله في الغرز أو الركاب وانبعثت به راحلته قال: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماء: لا لبيك ولا سعديك، كسبك حرام، وزادك حرام، فارجع مأزورا غير مأجور، وأبشر بما يسوؤك، وإذا خرج الرجل حاجا بمال حلال، ‌ووضع ‌رجله في الركاب، وانبعثت به راحلته قال: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماء: لبيك وسعديك، قد أجبتك، راحلتك حلال، وثيابك حلال، وزادك حلال، فارجع مأجورا غير مأزور، وأبشر بما يسرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menuju ke rumah ini (Kaabah) dengan harta yang haram, dia telah melakukan sesuatu yang bukan dalam ketaatan kepada Allah, apabila dia telah bertolak dan meletakkan kakinya pada kenderaannya dan bertolak bersama tunggangannya serta berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanMu, terdengar satu suara dari langit: Tidak ada yang menyahut panggilanmu, tidak ada ketaatan buatmu, hartamu dari perkara yang haram, bekalanmu juga dari perkara yang haram, maka kembalilah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala, dan bergembiralah dengan apa yang memberi keburukan kepadamu. Apabila seorang lelaki keluar untuk melakukan haji dengan harta yang halal, dan meletakkan kakinya pada kenderaannya, dan bertolak bersama binatang tunggangannya seraya berkata: “Ya Allah aku menyahut panggilanmu”, dia akan diseru oleh satu suara dari langit: Aku menjawab panggilanmu dan menerima ketaatanmu, tungganganmu dari yang halal, pakaianmu juga halal, bekalanmu juga dari yang halal, maka kembalilah dalam keadaan kamu mendapat pahala dan tidak mendapat dosa. Bergembiralah dengan apa yang menggembirakan kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 732, hadis nombor 3736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -: ((من أم هذا البيت من الكسب الحرام، شخص في غير طاعة الله، فإذا أهل ‌ووضع ‌رجله في الغرز أو الركاب وانبعثت به راحلته قال: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماء: لا لبيك ولا سعديك، كسبك حرام، وزادك حرام، فارجع مأزورا غير مأجور، وأبشر بما يسوؤك، وإذا خرج الرجل حاجا بمال حلال، ‌ووضع ‌رجله في الركاب، وانبعثت به راحلته قال: لبيك اللهم لبيك، ناداه مناد من السماء: لبيك وسعديك، قد أجبتك، راحلتك حلال، وثيابك حلال، وزادك حلال، فارجع مأجورا غير مأزور، وأبشر بما يسرك)). [البزار، ((الضعيفة)) (1092)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA: Sesiapa yang menuju ke rumah ini (Kaabah) dengan harta yang haram, dia telah melakukan sesuatu yang bukan dalam ketaatan kepada Allah, apabila dia telah bertolak dan meletakkan kakinya pada kenderaannya dan bertolak bersama tunggangannya serta berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanMu, terdengar satu suara dari langit: Tidak ada yang menyahut panggilanmu, tidak ada ketaatan buatmu, hartamu dari perkara yang haram, bekalanmu juga dari perkara yang haram, maka kembalilah kamu dalam keadaan berdosa dan tidak mendapat pahala, dan bergembiralah dengan apa yang memberi keburukan kepadamu. Apabila seorang lelaki keluar untuk melakukan haji dengan harta yang halal, dan meletakkan kakinya pada kenderaannya, dan bertolak bersama binatang tunggangannya seraya berkata: “Ya Allah aku menyahut panggilanmu”, dia akan diseru oleh satu suara dari langit: Aku menjawab panggilanmu dan menerima ketaatanmu, tungganganmu dari yang halal, pakaianmu juga halal, bekalanmu juga dari yang halal, maka kembalilah dalam keadaan kamu mendapat pahala dan tidak mendapat dosa. Bergembiralah dengan apa yang menggembirakan kamu.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1092]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs