Sesiapa yang menuduh seorang hamba perempuan melakukan zina

TEKS BAHASA ARAB

من زنى أمة لم ‌يرها ‌تزني؛ جلده الله يوم القيامة بسوط من نار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menuduh seorang hamba perempuan melakukan zina sedangkan dia tidak pernah melihatnya berzina, Allah akan menyebatnya pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis nombor 4107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من زنى أمة لم ‌يرها ‌تزني؛ جلده الله يوم القيامة بسوط من نار)). [حم، ((الضعيفة)) (4599)]

(Lemah) Daripada Abū Dhar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menuduh seorang hamba perempuan melakukan zina sedangkan dia tidak pernah melihatnya berzina, Allah akan menyebatnya pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4599]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs