Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن زَنَّى أَمَةً لم يَرَها تَزْني؛ جَلَدَه اللهُ يومَ القِيامةِ بسَوطٍ من نارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menuduh seorang hamba perempuan melakukan zina sedangkan dia tidak pernah melihatnya berzina, Allah akan menyebatnya pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis no. 4107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من زنى أمة لم يرها تزني؛ جلده الله يوم القيامة بسوط من نار)). [حم، ((الضعيفة)) (4599)]
(Lemah) Daripada Abū Dhar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menuduh seorang hamba perempuan melakukan zina sedangkan dia tidak pernah melihatnya berzina, Allah akan menyebatnya pada hari kiamat dengan cemeti daripada api neraka. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4599]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman