Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أطاعني فقد أطاع اللهَ، ومن عصاني فقد عصى اللهَ . ومن أطاع عَلِيًّا فقد أطاعني . ومن عصى عَلِيًّا فقد عصاني.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku maka dia juga derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati ‘Ali maka dia telah mentaatiku. Sesiapa yang derhaka kepada ‘Ali maka dia telah derhaka kepadaku.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1875, hadis no. 9451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ذر - رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أطاعني فقد أطاع الله ومن عصاني فقد عصى الله، ومن أطاع عليا، فقد اطاعني، ومن عصى عليا فقد عصاني)). [ك، إبن عساكر، ((الضعيفة)) (4892)]
(Lemah) Daripada Abu Dzar RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku maka dia juga derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati ‘Ali maka dia telah mentaatiku. Sesiapa yang derhaka kepada ‘Ali maka dia telah derhaka kepadaku." [Riwayat al-Hakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4982]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman