Sesiapa yang mentaati isterinya, Allah akan menyeret wajahnya ke neraka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ‌أطاع ‌امرأته، كبه الله -عز وجل- في النار على وجهه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mentaati isterinya, Allah akan menyeret wajahnya ke neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis nombor 3568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌أطاع ‌امرأته، كبه الله -عز وجل- في النار على وجهه)). [فر، السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (٦٩٠٤)]

(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata: Sesiapa yang mentaati isterinya, Allah akan menyeret wajahnya ke neraka. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus, al-Suyūṭī dalam Dzail al-Aḥādīth al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6904]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.