Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أطاعَ امرأتَه، كَبَّهُ اللهُ -عزَّ وجلَّ- في النارِ على وجهِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mentaati isterinya, Allah akan menyeret wajahnya ke neraka.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis no. 3568. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أطاع امرأته، كبه الله -عز وجل- في النار على وجهه)). [فر، السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (٦٩٠٤)]
(Palsu) Daripada ‘Alī bin Abī Ṭālib RA, beliau berkata: Rasulullah SAW berkata: Sesiapa yang mentaati isterinya, Allah akan menyeret wajahnya ke neraka. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus, al-Suyūṭī dalam Dzail al-Aḥādīth al-Mauḍū‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6904]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman