Sesiapa yang menolong seseorang menaiki kudanya kemudian dia tidak takut atau berharap kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

من أخذ بركاب رجل لا ‌يرجوه ‌ولا ‌يخافه، غفر له. وفي رواية: دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menolong seseorang menaiki kudanya kemudian dia tidak takut atau berharap kepadanya, maka dia akan diampunkan. Dalam riwayat lain: Memasuki syurga.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis nombor 3573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أخذ بركاب رجل لا ‌يرجوه ‌ولا ‌يخافه، غفر له. وفي رواية: دخل الجنة)). [تمام، الخطيب في ((الجامع))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (٦٥٨٦)]

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menolong seseorang menaiki kudanya kemudian dia tidak takut atau berharap kepadanya, maka dia akan diampunkan. Dalam riwayat lain: Memasuki syurga. [Riwayat Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, al-Khaṭīb dalam al-Jāmi‘ Li Akhlāq al-Rāwī wa Ādāb al-Sāmi‘, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6586]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs