Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أخذَ بركابِ رجلٍ لا يرجوهُ ولا يخافُه، غُفِرَ لهُ. وفي روايةٍ: دخلَ الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menolong seseorang menaiki kudanya kemudian dia tidak takut atau berharap kepadanya, maka dia akan diampunkan. Dalam riwayat lain: Memasuki syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis no. 3573. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أخذ بركاب رجل لا يرجوه ولا يخافه، غفر له. وفي رواية: دخل الجنة)). [تمام، الخطيب في ((الجامع))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (٦٥٨٦)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menolong seseorang menaiki kudanya kemudian dia tidak takut atau berharap kepadanya, maka dia akan diampunkan. Dalam riwayat lain: Memasuki syurga. [Riwayat Tammām al-Rāzī dalam al-Fawāid, al-Khaṭīb dalam al-Jāmi‘ Li Akhlāq al-Rāwī wa Ādāb al-Sāmi‘, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6586]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman