Sesiapa yang menolong pembunuhan seorang mukmin dengan sepatah perkataan

TEKS BAHASA ARAB

من أعان على قتل مؤمن بشطر كلمة – لقي الله – عز وجل – مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menolong pembunuhan seorang mukmin dengan sepatah perkataan pun, nescaya dia akan berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan tertulis di antara matanya: Kecewa dengan rahmat Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis nombor 3928. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((من أعان على قتل مؤمن بشطر كلمة – لقي الله – عز وجل – مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله)). [ه، عق، هق، «الضعيفة» (503)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: “Sesiapa yang menolong pembunuhan seorang mukmin dengan sepatah perkataan pun, nescaya dia akan berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan tertulis di antara matanya: Kecewa dengan rahmat Allah.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, 503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs