Sesiapa yang menolak hadis daripada baginda SAW adalah musuhnya pada hari kiamat kelak

TEKS BAHASA ARAB

[من كذب علي متعمدا فليتبوأ بيتاً في النار]، ومن رد حديثاً بلغه عني، فأنا ‌مخاصمه يوم القيامة، وإذا بلغكم عني حديث ولم تعرفوه، فقولوا: الله أعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

[Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka persiapkanlah rumah di dalam neraka]. Sesiapa yang menolak sebuah hadis yang sampai kepadanya daripadaku maka aku akan menjadi musuhnya pada hari kiamat, jika sampai kepada kamu sebuah hadis daripadaku dan kamu tidak mengetahuinya maka katakanlah: Allah lebih mengetahui.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 722, hadis nombor 3685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر عدا ما بين معقوفتين)
عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: [من كذب علي متعمدا فليتبوأ بيتاً في النار]، ومن رد حديثاً بلغه عني، فأنا ‌مخاصمه يوم القيامة، وإذا بلغكم عني حديث ولم تعرفوه، فقولوا: الله أعلم.
[طب، ((الضعيفة)) (6773)].

(Munkar kecuali yang berada dalam kurungan)
Daripada Salman RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: [Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka persiapkanlah rumah di dalam neraka]. Sesiapa yang menolak sebuah hadis yang sampai kepadanya daripadaku maka aku akan menjadi musuhnya pada hari kiamat, jika sampai kepada kamu sebuah hadis daripadaku dan kamu tidak mengetahuinya maka katakanlah: Allah lebih mengetahui.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6773].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs