Sesiapa yang menjumpai hartanya pada seorang lelaki yang lain

TEKS BAHASA ARAB

من وجد ‌عين ‌ماله عند رجل؛ فهو أحق به، ويتبع البيع من باعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjumpai hartanya pada seorang lelaki yang lain, maka dia lebih berhak baginya, dan dia boleh mengambil semula jika ia dijual.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis nombor 4029. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا الفظ) عن سمرة بن جندب مرفوعا: من وجد ‌عين ‌ماله عند رجل؛ فهو أحق به، ويتبع البيع من باعه. [د، ن، قط، طب، ((الضعيفة)) (2061)]

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’: “Sesiapa yang menjumpai hartanya pada seorang lelaki yang lain, maka dia lebih berhak baginya, dan dia boleh mengambil semula jika ia dijual.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, al-Nasaie dalam al-Sunan, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2061]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs