Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن وجدَ مالَه في الفَيءِ قبل أن يُقسَمَ فهو لَهُ، و مَن وجدَه بعدما قُسمَ فليسَ له شيءٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjumpai hartanya dalam harta peperangan sebelum pembahagian maka itu adalah hartanya, sesiapa yang menjumpainya selepas pembahagian maka tiada apa-apa baginya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769-770, hadis no. 3932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنها - مرفوعاً: ((من وجد ماله في الفيء قبل أن يقسم فهو له، ومن وجده بعدما قسم فليس له شيء)). [قط، ((الضعيفة)) (538)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Sesiapa yang menjumpai hartanya dalam harta peperangan sebelum pembahagian maka itu adalah hartanya, sesiapa yang menjumpainya selepas pembahagian maka tiada apa-apa baginya.” [Riwayat al-Daraqutni dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 538]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman