Sesiapa yang menjual arak, maka hendaklah dia memotong (daging) babi

TEKS BAHASA ARAB

من باع الخمر؛ فليشقص الخنازير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjual arak, maka hendaklah dia memotong (daging) babi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 412, hadis nombor 2217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المغيرة الثقفي – رضي الله عنه -، مرفوعاً: «من باع الخمرَ؛ فلْيُشَقِّصِ الخنازيرَ». [د، الدارمي، حم، ش، ابن نصر في «الصلاة»، الحميدي، طب، طس، هق، الخطيب في «التلخيص»، ابن عساكر، «الضعيفة» (4566)].

(Lemah) Daripada al-Mughirah al-Thaqafi RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menjual arak, maka hendaklah dia memotong (daging) babi". [Riwayat Abū Dāwud dan al-Dārimī dalam al-Sunan, Aḥmad dalam al-Musnad, Ibn Abī Shaybah dalam al-Muṣannaf, Ibn Naṣr dalam al-Ṣalāh, al-Ḥumaydī dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Khaṭīb dalam al-Talkhīṣ dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damshiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4566].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs