TEKS BAHASA ARAB
من لعق الصحفة ولعق أصابعه أشبعه الله في الدنيا والآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menjilat pinggan dan menjilat jari-jemarinya (selepas makan), Allah berikan kekenyangan kepadanya di dunia dan akhirat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 75, hadis nombor 432. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini ialah pendustaan yang jelek, dalam sanadnya terdapat perawi majhul (tidak dikenali) yang memalsukan hadith tersebut.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.