Sesiapa yang menjilat bekas makanan dan menjilat jari jemarinya

TEKS BAHASA ARAB

من ‌لعق ‌الصفحة، ‌ولعق ‌أصابعه ‌أشبعه ‌الله ‌في ‌الدنيا ‌والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjilat bekas makanan dan menjilat jari jemarinya, maka Allah SWT akan memberi kekenyangan kepadanya di dunia dan akhirat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 43, hadis nombor 347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن العرباض بن سارية -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌‌من ‌لعق ‌الصفحة، ‌ولعق ‌أصابعه؛ ‌أشبعه ‌الله ‌في ‌الدنيا ‌والآخرة)).
[((الضعيفة)) (‌‌3807)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-‘Irbāḍ ibn Sāriyah RA secara marfū‘: “Sesiapa yang menjilat bekas makanan dan menjilat jari jemarinya, maka Allah SWT akan memberi kekenyangan kepadanya di dunia dan akhirat.’’
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3807).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs