TEKS BAHASA ARAB
حديث: "مَنْ جَمَعَ بَيْنَ صَلاتَيْنِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَقَدْ أَتَى بَابًا مِنْ أَبْوَابِ الْكَبَائِرِ"
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sesiapa yang menjamakkan dua solat tanpa uzur maka dia telah mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 15, hadis nombor 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده حسين بن قيس كذبه أحمد وقد أخرجه الترمذي وقال حسين: ضعفه أحمد والعمل عليه
Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Husain bin Qais, Imam Ahmad mendustakannya. Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadith Husain dan berkata: Husain dinilai dhaif oleh Imam Ahmad dan pendapat ini diamalkan.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.