Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menjamakkan dua solat tanpa uzur

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ جَمَعَ بَيْنَ صَلاتَيْنِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَقَدْ أَتَى بَابًا مِنْ أَبْوَابِ الْكَبَائِرِ"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang menjamakkan dua solat tanpa uzur maka dia telah mendatangi satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 15, hadis no. 4. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده حسين بن قيس كذبه أحمد وقد أخرجه الترمذي وقال حسين: ضعفه أحمد والعمل عليه

Di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Husain bin Qais, Imam Ahmad mendustakannya. Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadith Husain dan berkata: Husain dinilai daif oleh Imam Ahmad dan pendapat ini diamalkan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.