Sesiapa yang menjaga seorang atau dua orang anak yatim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من آوى يتيما أو يتيمين، ثم صبر واحتسب؛ كنت أنا وهو في الجنة كهاتين. وحول أصبعيه: السبابة والوسطى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjaga seorang atau dua orang anak yatim, kemudian dia bersabar dan mengharapkan ganjaran, maka aku dan dia di syurga kelak seperti ini. Lalu Baginda SAW menggerakkan kedua jari telunjuk dan jari tengah Baginda SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 46, hadis nombor 184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من آوى يتيما أو يتيمين، ثم صبر واحتسب؛ كنت أنا وهو في الجنة كهاتين. وحول أصبعيه: السبابة والوسطى)).
[طس، ((الضعيفة)) (2809)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menjaga seorang atau dua orang anak yatim, kemudian dia bersabar dan mengharapkan ganjaran, maka aku dan dia di syurga kelak seperti ini. Lalu Baginda SAW menggerakkan kedua jari telunjuk dan jari tengah Baginda SAW.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2809]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.