TEKS BAHASA ARAB
من كفل يتيماً له ذو قرابة، أو لا قرابة له؛ فأنا وهو في الجنة كهاتين -وضم إصبعيه-، ومن سعى على ثلاث بنات؛ فهو في الجنة، وكان له كأجر مجاهد في سبيل الله صائماً قائماً.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menjaga kebajikan anak yatim yang mempunyai hubungan kerabat atau tidak mempunyai hubungan kerabat dengannya, maka aku dan dia di dalam syurga kelak seperti dua ini – lalu Rasulullah SAW menunjukkan kepada dua jari Baginda SAW. Dan sesiapa yang menjaga tiga anak perempuan, maka dia berada di dalam syurga. Dan dia mendapat ganjaran seperti seorang pejuang di jalan Allah SWT dalam keadaan berpuasa dan juga melakukan solat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 101, hadis nombor 526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من كفل يتيماً له ذو قرابة، أو لا قرابة له؛ فأنا وهو في الجنة كهاتين -وضم إصبعيه-، ومن سعى على ثلاث بنات؛ فهو في الجنة، وكان له كأجر مجاهد في سبيل الله صائماً قائماً.
[البزار، ((الضعيفة)) (5342)]
(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menjaga kebajikan anak yatim yang mempunyai hubungan kerabat atau tidak mempunyai hubungan kerabat dengannya, maka aku dan dia di dalam syurga kelak seperti dua ini – lalu Rasulullah SAW menunjukkan kepada dua jari Baginda SAW. Dan sesiapa yang menjaga tiga anak perempuan, maka dia berada di dalam syurga. Dan dia mendapat ganjaran seperti seorang pejuang di jalan Allah SWT dalam keadaan berpuasa dan juga melakukan solat.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5342]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.