TEKS BAHASA ARAB
من كفل يتيما له أو لغيره؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر، ومن ذهبت كريمتاه؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menjaga kebajikan anak yatim sama ada miliknya atau milik selainnya, maka wajiblah baginya syurga. Melainkan jika dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan. Dan sesiapa yang hilang dua anggota mulianya (matanya), maka wajib baginya syurga. Melainkan dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2043, hadis nombor 10281. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَن كَفَلَ يتيمًا له أو لِغيرِه؛ وَجَبَتْ له الجَنَّةُ؛ إلا أن يكونَ عَمِلَ عملًا لا يُغْفَرْ، ومَن ذَهبَتْ كريمَتاه؛ وَجَبَتْ له الجَنَّةُ؛ إلا أن يكونَ عَمِلَ عملًا لا يُغْفَرْ.
[طب، ((الضعيفة)) (5343)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjaga kebajikan anak yatim sama ada miliknya atau milik selainnya, maka wajiblah baginya syurga. Melainkan jika dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan. Dan sesiapa yang hilang dua anggota mulianya (matanya), maka wajib baginya syurga. Melainkan dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5343]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.