Sesiapa yang menjaga anak yatim baginya atau selainnya, wajiblah baginya syurga

TEKS BAHASA ARAB

من كفل يتيما له أو لغيره؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر، ومن ذهبت كريمتاه؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjaga anak yatimnya atau (anak yatim milik) selainnya, wajiblah baginya syurga, kecuali jika dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan, sesiapa yang telah hilang dua barangnya yang berharga (mata), maka wajiblah syurga baginya, kecuali dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 893, hadis nombor 4582. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من كفل يتيما له أو لغيره؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر، ومن ذهبت كريمتاه؛ وجبت له الجنة؛ إلا أن يكون عمل عملا لا يغفر)). [طب، ((الضعيفة)) (5343)].

(Sangat lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menjaga anak yatimnya atau (anak yatim milik) selainnya, wajiblah baginya syurga, kecuali jika dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan, sesiapa yang telah hilang dua barangnya yang berharga (mata), maka wajiblah syurga baginya, kecuali dia telah melakukan amalan yang tidak akan diampunkan.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5353].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs