Sesiapa yang menjadi saksi ke atas seorang Muslim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من شهد على مسلم شهادة ليس لها بأهل، فليتبوأ مقعده من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjadi saksi ke atas seorang Muslim dengan persaksian yang mana dia bukan ahlinya, maka siap sedialah tempat duduknya di dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis nombor 818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبو هريرة -رضي الله عنه- قال: قال صلى الله عليه وسلم: من شَهِدَ على مسلمٍ شهادةً ليس لها بأهلٍ، فليتبوأْ مقعدَه من النارِ.
[احم، ابن أبي الدنيا في ((صمت))، و((الغيبة والنميمة))، خط، ((الضعيفة)) (6655)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi saksi ke atas seorang Muslim dengan persaksian yang mana dia bukan ahlinya, maka siap sedialah tempat duduknya di dalam neraka.
[Riwayat Ahmad, Ibn Abu al-Dunya dalam al-Samt, al-Ghibah Wa al-Namimah, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6655]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.