Sesiapa yang menjadi pertalian bagi saudaranya yang muslim kepada orang yang berkuasa demi mencapai sesuatu yang baik

TEKS BAHASA ARAB

من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي السلطان في مبلغ بر، أو تيسير عسر؛ أجازه الله على الصراط يوم القيامة عند دحض الأقدام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjadi pertalian bagi saudaranya yang muslim kepada orang yang berkuasa demi mencapai sesuatu yang baik, atau memudahkan sesuatu yang susah, Allah akan memudahkannya meniti sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848, hadis nombor 4350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي السلطان في مبلغ بر، أو تيسير عسر؛ أجازه الله على الصراط يوم القيامة عند دحض الأقدام)). روي من حديث عبد الله بن عمر وأبي الدرداء رضي الله عنهم.
[حب، طص، طس، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، القضاعي، عق، ابن حبان في ((الثقات))، هق، هب، ((الضعيفة)) (5771)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Āisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi pertalian bagi saudaranya yang muslim kepada orang yang berkuasa demi mencapai sesuatu yang baik, atau memudahkan sesuatu yang susah, Allah akan memudahkannya meniti sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki. Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin ‘Umar dan Abū al-Dardā’ RA.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Ṣaghīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt dan al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Syu'ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5771]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs