Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كانَ وصلةً لأخيهِ المسلِمِ إلى ذي سُلطانٍ في مبلَّغِ برٍّ، أو تَيسيرِ عُسرٍ؛ أجازَهُ اللَّهُ علَى الصِّراطِ يومَ القيامةِ عندَ دحضِ الأقدامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjadi pertalian bagi saudaranya yang muslim kepada orang yang berkuasa demi mencapai sesuatu yang baik, atau memudahkan sesuatu yang susah, Allah akan memudahkannya meniti sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848, hadis no. 4350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي السلطان في مبلغ بر، أو تيسير عسر؛ أجازه الله على الصراط يوم القيامة عند دحض الأقدام)). روي من حديث عبد الله بن عمر وأبي الدرداء رضي الله عنهم. [حب، طص، طس، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، القضاعي، عق، ابن حبان في ((الثقات))، هق، هب، ((الضعيفة)) (5771)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Āisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi pertalian bagi saudaranya yang muslim kepada orang yang berkuasa demi mencapai sesuatu yang baik, atau memudahkan sesuatu yang susah, Allah akan memudahkannya meniti sirat pada hari kiamat ketika tergelincirnya kaki. Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin ‘Umar dan Abū al-Dardā’ RA. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Ṣaghīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt dan al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan Syu'ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5771]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman