Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كانَ وَصلةً لأخيهِ المسلمِ إلى ذي سُلطانٍ في مبلغِ برٍّ أو إدخالِ سرورٍ؛ رفعَهُ اللَّهُ في الدَّرجاتِ العُلى منَ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah dalam urusan kebaikan atau memberikan kegembiraan, maka Allah SWT akan mengangkatnya pada darjat yang tertinggi di dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 101, hadis no. 523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي سلطان في مبلغ بر أو إدخال سرور؛ رفعه الله في الدرجات العلى من الجنة. [طس، ((الضعيفة)) (5394)]
(Palsu) Daripada Abū al-Dardā’ RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah dalam urusan kebaikan atau memberikan kegembiraan, maka Allah SWT akan mengangkatnya pada darjat yang tertinggi di dalam syurga. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5394]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman