Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah bagi mendapatkan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي سلطان في مبلغ برٍّ أو تيسير عسرٍ أجازه الله على الصراط يوم القيامة عند دحض الأقدام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah bagi mendapatkan kebaikan, atau memudahkan kesulitan, maka Allah SWT akan melepaskannya daripada laluan sirat pada hari kiamat ketika kaki-kaki tidak dapat bergerak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis nombor 602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي سلطان في مبلغ برٍّ أو تيسير عسرٍ أجازه الله على الصراط يوم القيامة عند دحض الأقدام وروي عن عبد الله بن عمر وأبي الدرداء رضي الله عنهم. [حب، طس، طص، الخرائطي في مكارم الأخلاق، القضاعي، هق، هب، عق، ابن حبان في الثقات، الضعيفة (5571)]

(Sangat Lemah) Diriwayatkan daripada hadis ‘Āishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah bagi mendapatkan kebaikan, atau memudahkan kesulitan, maka Allah SWT akan melepaskannya daripada laluan sirat pada hari kiamat ketika kaki-kaki tidak dapat bergerak. Hadis ini juga diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibn ‘Umar dan Abū Al-Dardā’ RA. [Diriwayatkan oleh Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan juga Shu‘ab al-Īmān, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5771]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs