Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كانَ وصلةً لأخيهِ المسلِمِ إلى ذي سُلطانٍ في مبلَّغِ برٍّ أو تَيسيرِ عُسرٍ أجازَهُ اللَّهُ علَى الصِّراطِ يومَ القيامةِ عندَ دحضِ الأقدامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah bagi mendapatkan kebaikan, atau memudahkan kesulitan, maka Allah SWT akan melepaskannya daripada laluan sirat pada hari kiamat ketika kaki-kaki tidak dapat bergerak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- Abu al-Darda' RA
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 116, hadis no. 602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان وصلة لأخيه المسلم إلى ذي سلطان في مبلغ برٍّ أو تيسير عسرٍ أجازه الله على الصراط يوم القيامة عند دحض الأقدام وروي عن عبد الله بن عمر وأبي الدرداء رضي الله عنهم. [حب، طس، طص، الخرائطي في مكارم الأخلاق، القضاعي، هق، هب، عق، ابن حبان في الثقات، الضعيفة (5571)]
(Terlalu Daif) Diriwayatkan daripada hadis ‘Āishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi penghubung bagi saudara Muslimnya kepada pemerintah bagi mendapatkan kebaikan, atau memudahkan kesulitan, maka Allah SWT akan melepaskannya daripada laluan sirat pada hari kiamat ketika kaki-kaki tidak dapat bergerak. Hadis ini juga Riwayat ‘Abdullah ibn ‘Umar dan Abū Al-Dardā’ RA. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ dan al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan juga Shu‘ab al-Īmān, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5771]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman