Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من وُلِّيَ على عشرةٍ، فحكمَ بينهم بما أحبُّوا أو كرهوا، جيءَ بهِ يومَ القيامةِ مغلولةٌ يداهُ إلى عنقِهِ، فإن حكمَ بما أنزلَ اللهُ، ولم يَرْتَشِ في حُكْمِهِ، ولم يَحْفِ، فكَّ اللهُ عنهُ يومَ القيامةِ يومَ لا غُلَّ إلا غُلُّهُ، وإن حكمَ بغيرِ ما أنزلَ اللهُ تعالى، وارتَشَى في حُكْمِهِ، وحَابَى، شُدَّتْ يسارُه إلى يمينِه، ورُمِيَ بهِ في جهنمَ، فلم يبلغْ قعرَها خمسُ مئةِ عامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjadi pemimpin bagi 10 orang, lalu mengadili mereka dengan apa yang mereka suka atau benci, dia akan datang pada hari kiamat dengan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghakimi dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan tidak melakukan rasuah ketika kepemimpinannya, dan tidak menzalimi, Allah akan membebaskannya pada hari kiamat pada hari tiada belenggu melainkan belenggunya. Jika dia menghukum dengan selain apa yang diturunkan oleh Allah, dan melakukan rasuah dalam pemerintahannya, melakukan khianat, bahagian kanannya akan dihimpit ke bahagian kirinya dan dilempar ke neraka Jahannam, lalu tidak akan mencapai dasarnya selama 500 tahun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 826, hadis no. 4243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من ولي على عشرة، فحكم بينهم بما أحبوا أو كرهوا، جيء به يوم القيامة مغلولة يداه إلى عنقه. فإن حكم بما أنزل الله، ولم يرتش في حكمه، ولم يحف، فك الله عنه يوم القيامة يوم لا غل إلا غله. وإن حكم بغير ما أنزل الله -تعالى-، وارتشى في حكمه، وحابى، شدت يساره إلى يمينه، ورمي به في جهنم، فلم يبلغ قعرها خمسمائة عام)). [ك، طس، ((الضعيفة)) (6870)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjadi pemimpin bagi 10 orang, lalu mengadili mereka dengan apa yang mereka suka atau benci, dia akan datang pada hari kiamat dengan tangannya diikat ke tengkuknya. Jika dia menghakimi dengan apa yang diturunkan oleh Allah, dan tidak melakukan rasuah ketika kepemimpinannya, dan tidak menzalimi, Allah akan membebaskannya pada hari kiamat pada hari tiada belenggu melainkan belenggunya. Jika dia menghukum dengan selain apa yang diturunkan oleh Allah, dan melakukan rasuah dalam pemerintahannya, melakukan khianat, bahagian kanannya akan dihimpit ke bahagian kirinya dan dilempar ke neraka Jahannam, lalu tidak akan mencapai dasarnya selama 500 tahun. [Riwayat Mustadrak al-Hakim dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6870]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman